Nak show off coverage Takaful? Ok je. Tapi kena faham sebelum show off!

Kalau anda tunjuk annual limit Medical Card RM150k, RM200k, RM500k, RM1 juta, RM5 juta, RM10 juta sampai RM18 juta sekalipun… hakikatnya angka itu adalah limit untuk bayar bil rawatan hospital.
Maksudnya, kita hanya boleh “gunakan” amount itu bila masuk hospital dan ada bil rawatan yang perlu dibayar.
Kalau tak masuk hospital?
Amount itu tak boleh dikeluarkan.
Tak boleh transfer masuk akaun bank.
Tak boleh cash out.
Ini yang ramai orang salah faham.
Berbeza dengan Income Protection Takaful atau pelan pampasan wang tunai.
Kalau dalam Sijil Takaful tertulis: RM100k RM200k RM300k RM500k RM1 juta
Dan berlaku sesuatu kepada diri kita seperti lumpuh, hilang upaya, penyakit kritikal atau meninggal dunia…
Amount itu memang akan dibayar masuk ke akaun bank!
Kalau lumpuh atau sakit kritikal – Masuk akaun bank sendiri.
Kalau meninggal dunia – Masuk akaun bank penama atau hibah yang kita namakan.
Sebab itu bila tengok angka perlindungan, jangan tengok besar angka sahaja.
Kita Kena faham apa fungsi angka itu?
Untuk bayar hospital?
Atau untuk bagi cash kepada diri & keluarga?
Nak show off sum covered coverage? Boleh je.
Tapi, you kena tahu reality dan hakikat apa maksud setiap angka yang kita tunjuk.
Faham eh?
Jom Takaful
011-5923-8789

Luthfi berkongsi panduan mengenai takaful, medical card, hibah, perlindungan rumah, motor dan pengurusan pusaka berdasarkan pengalaman membantu individu dan keluarga memahami keperluan perlindungan mereka.
