Nak Ambil Medical Card Murah? Faham 5 Perkara Ini Dulu
Nak ambil Medical Card murah?
Boleh.
Tak salah pun. 😊
Malah bagi saya, lebih baik ada Medical Card yang sesuai dengan kemampuan daripada memaksa diri ambil pelan mahal sampai akhirnya tak mampu nak sustain bayaran.
Cuma satu benda kena faham:
Bila caruman Medical Card lebih murah, biasanya ada sebab kenapa ia lebih murah.
Mungkin ada:
- Deductible
- Co-Takaful / Co-Insurance
- Annual Limit yang lebih rendah
- Room & Board yang lebih rendah
- Had hari kemasukan wad tertentu
- Atau manfaat yang lebih basic
Benda-benda ni bukan semestinya “buruk”.
Ia sebenarnya sebahagian daripada cost-sharing antara kita dengan syarikat Insurans/Takaful.
Yang penting, sebelum sign sesuatu polisi atau sijil Takaful, kita kena tahu apa yang kita setuju.
Meh saya explain satu-satu.
1. Semak Ada Deductible Atau Tidak
Perkara pertama:
Check Medical Card anda ada Deductible tak?
Apa tu Deductible?
Ayat paling mudah:
Jumlah tertentu yang kita perlu bayar sendiri terlebih dahulu sebelum Medical Card membayar baki perbelanjaan perubatan yang layak.
Contohnya:

Tertakluk kepada manfaat, had serta terma polisi/sijil.
Deductible bukan semuanya sama
Ini sangat penting.
Ada plan yang mengenakan:
- RM300
- RM500
- RM5,000
- RM10,000
- atau jumlah lain
Malah cara deductible dikenakan pun boleh berbeza.
Contohnya ia mungkin dikenakan:
per policy/certificate year,
per disability,
atau mengikut struktur tertentu yang dinyatakan dalam kontrak.
Jadi jangan sekadar tanya:
“Medical Card ni ada deductible ke?”
Tanya sekali:
“Deductible ni dikenakan macam mana dan berapa kali saya mungkin kena bayar?”
Itu lagi penting.
2. Faham Co-Insurance atau Co-Takaful
Selain Deductible, ada satu lagi istilah yang semakin biasa:
Co-Insurance / Co-Takaful.
Kalau Deductible biasanya melibatkan jumlah tetap, Co-Takaful pula biasanya melibatkan peratusan daripada eligible medical expenses.
Contohnya:
Medical Card bayar: 90%
Kita tanggung: 10%
Tetapi sesetengah produk meletakkan maximum cap kepada jumlah yang kita perlu bayar.
Contoh

Nota: Ini hanya contoh. Struktur co-payment setiap Medical Card berbeza. Semak polisi atau sijil sebenar.
Deductible vs Co-Takaful: Apa Bezanya?
Senang cerita:
| Deductible | Co-Takaful / Co-Insurance | |
|---|---|---|
| Cara kira | Jumlah tetap | Peratus daripada bil layak |
| Contoh | RM500 | 10% |
| Maximum | Bergantung pelan | Ada pelan mempunyai cap |
| Siapa bayar? | Kita bayar bahagian awal | Kita berkongsi sebahagian kos |
Kedua-duanya mempunyai satu konsep yang sama:
Kita setuju untuk tanggung sebahagian kos perubatan sendiri.
Sebagai balasan, caruman/premium Medical Card boleh menjadi lebih rendah berbanding pilihan perlindungan tanpa atau dengan cost-sharing yang lebih rendah.
LIAM turut menyenaraikan deductible dan co-insurance sebagai antara pilihan yang boleh digunakan untuk mengurangkan premium/caruman Medical Card.
3. Semak Annual Limit
Ini antara nombor paling penting dalam Medical Card.
Annual Limit = jumlah maksimum yang Medical Card akan bayar dalam tempoh satu tahun polisi/sijil, berdasarkan manfaat dan terma produk.
Contohnya:
Medical Card A:
Annual Limit RM100,000
Medical Card B:
Annual Limit RM1 juta
Medical Card C:
Annual Limit RM2 juta
Memanglah Medical Card dengan limit rendah mungkin lebih murah.
Tak salah.
Tapi kita kena faham kemampuan perlindungannya.
Contoh
Katakan kita ada Annual Limit:
RM100,000
Kemudian diuji dengan penyakit serius dan sepanjang tahun tersebut jumlah eligible claim sudah mencecah RM100,000.
Kalau annual limit telah habis, kita mungkin perlu menanggung kos selepas itu sendiri sehingga limit diperbaharui mengikut terma polisi/sijil.
Sebab itu jangan tengok:
“RM berapa sebulan?”
sahaja.
Tengok juga:
“RM berapa coverage setahun?”
Annual limit ialah jumlah maksimum claim dalam setahun, manakala lifetime limit — jika produk berkenaan masih mempunyai ciri tersebut — ialah jumlah maksimum sepanjang tempoh perlindungan.
4. Semak Room & Board
Next:
Jenis bilik.
Dalam Medical Card biasanya akan ada manfaat:
Hospital Room & Board (R&B)
Contohnya:
- RM100 sehari
- RM150 sehari
- RM200 sehari
- RM300 sehari
- atau lebih tinggi
Ini menentukan kelayakan bilik berdasarkan pelan yang kita ambil.
Medical Card bajet biasanya mempunyai Room & Board yang lebih rendah.
Tak ada masalah.
Asalkan kita tahu.
“Kalau R&B RM200 tapi saya nak bilik RM300, top-up RM100 je kan?”
Jangan terus assume macam tu.
Ini satu point penting yang aku nak betulkan daripada sharing lama.
Dalam sesetengah kontrak, anda mungkin sekadar perlu membayar lebihan Room & Board.
Tetapi bagi sesetengah Medical Card, memilih bilik melebihi kelayakan boleh menyebabkan co-insurance/co-takaful atau bayaran tambahan terhadap manfaat lain berdasarkan wording polisi.
Sebab itulah industri sendiri mengingatkan pengguna supaya berada dalam kelayakan Room & Board yang dibeli bagi mengelakkan co-payment yang mungkin dikenakan kerana memilih bilik lebih mahal.
Jadi sebelum upgrade bilik, tanya hospital atau syarikat:
“Kalau saya ambil bilik lebih tinggi daripada entitlement Medical Card saya, saya cuma bayar beza bilik atau ada proportionate/co-payment pada bil lain sekali?”
Jangan tunggu discharge baru nak tahu. 😅
5. Semak Had Hari Hospitalisation & ICU
Sharing lama saya guna istilah:
“Yearly admission limit.”
Sebenarnya istilah yang lebih tepat ialah semak had hari untuk manfaat tertentu, bukannya semata-mata berapa kali kita boleh masuk hospital.
Contohnya sesuatu Medical Card mungkin mempunyai:
- Hospital Room & Board maksimum 120 hari setahun
- ICU maksimum 120 hari setahun
- Atau unlimited number of days bagi manfaat tertentu
Ia bergantung kepada produk.
Sebagai contoh, ada Medical Card asas di Malaysia yang menghadkan Hospital Room & Board kepada 120 hari setahun, manakala terdapat juga produk yang menawarkan bilangan hari tanpa had untuk Room & Board.
Sebab itu kena tengok Schedule of Benefits.
Jangan assume semua Medical Card sama.
Jadi, Medical Card Murah Tak Bagus Ke?
Tak.
Saya tak setuju kalau orang kata:
“Medical Card murah mesti tak bagus.”
Bagi saya persoalan sebenar ialah:
Adakah pelan tersebut sesuai dengan kemampuan dan risiko kewangan kita?
Contohnya ada dua pilihan:
Pilihan A
Medical Card lebih mahal
RM300 sebulan
Tetapi out-of-pocket semasa claim lebih rendah.
Pilihan B
Medical Card dengan cost-sharing
RM220 sebulan
Tetapi kita perlu standby sehingga RM1,000 sendiri apabila berlaku claim tertentu.
Kalau anda memang mempunyai emergency fund dan faham risikonya, Pilihan B mungkin masuk akal.
Sebaliknya kalau RM1,000 emergency pun susah nak keluarkan, mungkin struktur tersebut kurang sesuai.
Medical Card terbaik bukan semestinya Medical Card paling mahal.
Ia adalah Medical Card yang:
- Coverage mencukupi
- Kita faham manfaatnya
- Kita faham apa yang perlu dibayar sendiri
- Dan paling penting — kita mampu sustain caruman untuk jangka panjang
Contoh Sebenar: Zurich MediAfya vs MediPro
Untuk mudahkan faham konsep tadi, kita tengok contoh produk Zurich Takaful.
MediAfya mempunyai Co-Takaful sebanyak 10% daripada eligible medical expenses, tertakluk kepada maksimum RM1,000 bagi setiap Rider Certificate Year. Co-Takaful tersebut dikecualikan dalam keadaan tertentu seperti admission ke hospital kerajaan/separa kerajaan dan admission hospital swasta akibat kemalangan.
MediPro pula menggunakan konsep Deductible RM500 per Rider Certificate Year, dengan struktur deductible tertentu berdasarkan tahun sijil dan sejarah claim sebagaimana diterangkan dalam produk tersebut. MediPro kini menawarkan Overall Annual Limit sehingga RM2 juta bergantung kepada pelan.
Mudah faham:
| MediAfya | MediPro | |
|---|---|---|
| Cost-sharing | 10% Co-Takaful | RM500 Deductible |
| Had cost-sharing | Maksimum RM1,000 / Rider Certificate Year | Mengikut struktur Deductible produk |
| Annual Limit | Sehingga RM350,000 | Sehingga RM2 juta |
| Lifetime Limit | Tiada | Tiada |
Maklumat produk boleh berubah. Rujuk Product Disclosure Sheet, Product Illustration dan sijil terkini sebelum membuat keputusan.
Lagi Tinggi Deductible, Lagi Murah Medical Card?
Secara umum, higher deductible boleh digunakan untuk mengurangkan premium/caruman kerana kita bersetuju menanggung lebih banyak kos sendiri.
Contoh yang mudah nampak pada produk semasa:
Zurich MediAfya+ menawarkan pilihan Deductible RM500 atau RM5,000, manakala produk Zurich tertentu turut menawarkan pilihan deductible yang lebih besar untuk mendapatkan penjimatan caruman/premium yang lebih tinggi.
Konsep dia:
Bayar lebih sedikit setiap bulan → standby lebih banyak sendiri kalau perlu claim.
atau
Bayar lebih setiap bulan → kurangkan jumlah yang perlu ditanggung sendiri semasa claim.
Tak ada satu jawapan yang betul untuk semua orang.
Ia bergantung kepada kewangan masing-masing.
Sebelum Pilih Medical Card, Tanya Ejen 7 Soalan Ini
Kalau dapat quotation Medical Card, jangan tanya harga sahaja.
Tanya:
- Annual Limit berapa?
- Ada Lifetime Limit atau tidak?
- Room & Board berapa sehari?
- Ada Deductible? Berapa dan macam mana ia dikenakan?
- Ada Co-Takaful/Co-Insurance? Berapa % dan ada maximum cap tak?
- Berapa had hari Hospitalisation dan ICU?
- Apa yang saya perlu bayar sendiri bila admit hospital?
Kalau tujuh soalan ni ejen boleh jawab dengan jelas, barulah senang nak compare.
Kesimpulan
Kalau bajet anda terhad, tak salah ambil Medical Card yang lebih murah.
Jangan malu.
Jangan rasa Medical Card murah tak berguna.
Tetapi fahami kontrak yang kita ambil.
Terutamanya:
Deductible dan Co-Takaful.
Sebab dua benda ni menentukan berapa banyak duit yang kita sendiri kena standby bila menggunakan Medical Card.
Contohnya kalau maksimum cost-sharing anda RM1,000, sekurang-kurangnya ada RM1,000 dalam emergency fund yang memang boleh digunakan bila perlu.
Kita dah jimat melalui caruman yang lebih rendah setiap bulan.
Sebagai pertukaran, kita bersedia berkongsi sedikit kos apabila betul-betul menggunakan Medical Card.
Itu konsepnya.
Dan dalam keadaan kos rawatan perubatan yang semakin meningkat, pelan dengan cost-sharing memang semakin relevan sebagai salah satu cara untuk mengekalkan perlindungan lebih sustainable untuk jangka panjang. BNM turut meletakkan affordability dan sustainability Medical & Health Insurance/Takaful sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan MHIT negara.
Jadi sebelum ambil Medical Card:
Jangan cari yang paling murah sahaja.
Cari yang anda faham, mampu bayar dan mampu sustain.
Medical Card ni bukan commitment 2–3 bulan.
Kita nak ia masih ada bila umur 40, 50, 60 tahun nanti — waktu kemungkinan kita betul-betul memerlukannya lebih tinggi.
Love. Plan. Protect.

Luthfi berkongsi panduan mengenai takaful, medical card, hibah, perlindungan rumah, motor dan pengurusan pusaka berdasarkan pengalaman membantu individu dan keluarga memahami keperluan perlindungan mereka.
