|

Nak Beli Rumah Tapi Ada Penyakit Sedia Ada? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Nak beli rumah memang seronok. Excited!

Tengok rumah, kira installment, submit loan, tunggu bank approve. Tapi ada satu benda yang ramai orang terlepas pandang:

Kalau ada penyakit sedia ada atau sejarah kesihatan, macam mana dengan perlindungan loan rumah?

Loan boleh approve. Tapi belum tentu perlindungan MRTT / MLTT kita akan berjalan semudah yang kita sangka. Ini benda yang saya rasa pembeli rumah kena faham sebelum semuanya dah sign dan selesai.

Loan Rumah & Perlindungan Loan Bukan Benda Yang Sama

Bila bank approve loan rumah, jangan terus assume “Loan dah approve, protection mesti settle sekali.”

Tak semestinya. Pembiayaan rumah dan perlindungan adalah dua perkara berbeza. Sebab itu dalam perancangan loan rumah, saya biasanya akan tengok beberapa perkara sekali:

  • Jumlah pembiayaan rumah
  • Tempoh pembiayaan
  • Siapa peminjam
  • Joint loan atau seorang
  • Jumlah perlindungan yang ada
  • Tempoh perlindungan
  • Sejarah kesihatan peminjam

Kadang-kadang masalah hanya disedari selepas loan dah berjalan. Contohnya perlindungan lebih rendah daripada baki pembiayaan, atau tempoh perlindungan habis lebih awal daripada loan.

Bila jadi macam ni, masih ada baki risiko yang perlu ditanggung sendiri oleh keluarga!

Ada Sejarah Kesihatan? Jangan Sembunyikan

Ini point paling penting.

Kalau borang permohonan perlindungan bertanya tentang sejarah kesihatan, isytiharkan dengan betul. Jangan sebab takut application loan rumah tak lepas, kita pilih untuk tak declare perkara yang sepatutnya diberitahu.

Dalam proposal yang saya sediakan pun saya tekankan JANGAN sembunyikan sejarah kesihatan.

Sebab, apabila tuntutan dibuat kemudian hari, syarikat mungkin perlu menyemak maklumat dan rekod berkaitan tuntutan tersebut. Kalau maklumat yang diberikan semasa permohonan tak lengkap atau tak tepat, ia boleh menimbulkan masalah semasa proses tuntutan.

Jadi kalau ada sejarah rawatan, penyakit atau keadaan kesihatan tertentu, declare! Biar kita tahu awal apa keputusan sebenar.

Kalau Ada Penyakit, Maksudnya Confirm Tak Boleh Ambil MLTT?

Tidak semestinya. Inilah sebabnya kita kena buat semakan awal.

Ada orang masih boleh mendapatkan perlindungan tertakluk kepada penilaian dan syarat pelan. dan ada juga pilihan pelan tertentu yang menggunakan konsep Guaranteed Acceptance.

Dalam cadangan MLTT yang saya sediakan, salah satu pilihan yang digunakan ialah Takaful Al-Shams!

Antara cirinya:

  • Guaranteed Acceptance
  • Tiada medical check-up
  • Tiada health questionnaire
  • Tiada cash value

Konsep ini boleh menjadi satu alternatif untuk mereka yang menghadapi kesukaran mendapatkan perlindungan melalui kaedah biasa.

Tetapi, Guaranteed Acceptance bukan bermaksud kita terus beli tanpa memahami syarat. Kena faham bagaimana manfaat itu berfungsi.

Faham Waiting Period 24 Bulan

Untuk Takaful Al-Shams dalam cadangan tersebut, terdapat tempoh tertentu untuk manfaat kematian bukan akibat kemalangan. Secara mudah:

Sebab itu bila orang dengar “Guaranteed Acceptance” jangan berhenti setakat perkataan itu sahaja.

Tanya juga:

  • Ada waiting period atau tidak?
  • Bila perlindungan bermula?
  • Berapa jumlah perlindungan?
  • Berapa lama tempoh perlindungan?
  • Apa yang berlaku dalam tempoh awal sijil?

Baru kita boleh bandingkan dengan betul.

Jangan Hanya Tanya “Berapa Harga MRTT?”

Ramai pembeli rumah fokus kepada satu benda sahaja iaitu “MRTT ni berapa?”

Memang harga penting. Tapi bagi saya, soalan yang lebih penting ialah:

“Kalau sesuatu berlaku kepada saya, cukup tak perlindungan ini untuk bantu selesaikan baki pembiayaan rumah?”

Contohnya loan RM400,000. Tetapi perlindungan cuma RM200,000. Kalau berlaku sesuatu ketika baki loan masih tinggi, masih ada baki yang perlu diselesaikan.

Sama juga dengan tempoh. Kalau loan 30 tahun tetapi perlindungan cuma berjalan 20 tahun, masih ada tempoh loan yang tidak dilindungi selepas perlindungan tamat. Sebab itu jumlah dan tempoh kena semak sekali.

Joint Loan Pun Jangan Assume Automatik Rumah Jadi Free

Ini satu lagi salah faham yang biasa berlaku. Suami isteri beli rumah bersama.

Terus assume “Kalau salah seorang meninggal dunia, rumah terus habis bayar.”

Maaf, ia belum tentu. Ia bergantung kepada struktur pembiayaan dan jumlah perlindungan yang diambil untuk setiap peminjam.

Contohnya setiap peminjam mungkin hanya mempunyai perlindungan untuk bahagian tertentu sahaja. Sebab itu bila beli rumah bersama pasangan, semak Siapa cover berapa?

Jangan tunggu berlaku musibah baru keluarga tahu masih ada baki pembiayaan.

Apa Yang Patut Anda Buat Sebelum Beli Rumah?

Kalau sedang plan nak beli rumah dan anda ada sejarah kesihatan, buat perkara ini dulu:

1. Semak jumlah pembiayaan

Tahu berapa sebenarnya jumlah loan yang akan ditanggung.

2. Semak tempoh pembiayaan

20 tahun? 30 tahun? 35 tahun?

Pastikan perlindungan yang dipilih sesuai dengan tempoh tersebut.

3. Semak siapa peminjam

Kalau joint loan, tengok perlindungan setiap peminjam.

4. Isytihar sejarah kesihatan dengan betul

Jangan sorok maklumat semata-mata nak dapat kelulusan.

5. Semak pilihan perlindungan

Kalau pelan biasa menghadapi masalah kelulusan, semak sama ada terdapat alternatif seperti pelan Guaranteed Acceptance yang sesuai.

6. Faham Terms & Conditions

Terutama waiting period, jumlah manfaat dan tempoh perlindungan.

Rumah Adalah Komitmen Jangka Panjang

Beli rumah bukan sekadar fikir “Bank bagi loan ke tak?”. Kita juga kena fikir:

Kalau berlaku sesuatu kepada aku sebelum loan habis, apa jadi kepada rumah ni?

Bayaran rumah tetap berjalan. Komitmen kepada bank tetap ada.

Kalau pendapatan keluarga terjejas, pasangan atau waris mungkin terpaksa menyambung bayaran. Dalam keadaan tertentu, rumah mungkin perlu dijual jika komitmen tidak dapat diteruskan.

Sebab itu MLTT, MRTT atau perlindungan pembiayaan rumah bukan sekadar “tambahan masa beli rumah”. Ia sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga.

Kesimpulan

Kalau anda nak beli rumah tetapi mempunyai sejarah kesihatan, TOLONG JANGAN PANIC!

Jangan terus assume anda tak boleh dapat perlindungan. Paling penting, jangan sembunyikan sejarah kesihatan.

Semak pilihan yang ada.

Kalau pelan biasa susah mendapatkan kelulusan, boleh tengok alternatif lain termasuk pelan yang menawarkan Guaranteed Acceptance, tertakluk kepada terma dan syarat pelan tersebut. Matlamatnya bukan sekadar nak ada satu sijil takaful.

Matlamatnya ialah supaya kalau berlaku sesuatu kepada kita nanti, rumah dan keluarga tidak menanggung beban yang kita tinggalkan.

Perlukan Semakan MLTT?

Kalau anda sedang beli rumah dan nak semak:

  • MRTT / MLTT sedia ada
  • Jumlah perlindungan
  • Tempoh perlindungan
  • Joint loan
  • Pilihan jika mempunyai sejarah kesihatan

Boleh WhatsApp saya untuk semakan.

WhatsApp: 011-5923 8789

www.luthfisuib.com/semakan

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *