MRTT & MLTT: Guideline Ringkas Sebelum Buat Loan Rumah
Kalau anda sedang merancang untuk membeli rumah dan bakal membuat permohonan pinjaman dengan bank, antara perkara yang elok difahami lebih awal ialah perlindungan pinjaman rumah seperti MRTT dan MLTT.
Perkongsian ini adalah sekadar guideline ringkas bagaimana MRTT dan MLTT berfungsi.
Tujuannya supaya anda boleh buat perancangan awal sebelum berjumpa pihak bank dan menghantar permohonan loan.
Kenapa Perlu Faham MRTT & MLTT?
Apabila mengambil pinjaman rumah untuk tempoh yang panjang seperti 20, 30 atau 35 tahun, kita perlu fikir satu perkara:
Apa akan berlaku kepada baki hutang rumah sekiranya peminjam meninggal dunia atau mengalami hilang upaya sebelum pinjaman selesai?
Di sinilah perlindungan seperti MRTT dan MLTT memainkan peranan.
Secara asasnya:
- MRTT biasanya menyediakan perlindungan yang semakin berkurangan mengikut baki tempoh pinjaman.
- MLTT pula biasanya menyediakan jumlah perlindungan yang lebih konsisten sepanjang tempoh perlindungan, bergantung kepada struktur pelan yang diambil.
Setiap pilihan mempunyai fungsi, kos dan struktur yang berbeza.
Sebab itu jangan sekadar pilih berdasarkan apa yang bank tawarkan sahaja.


Buat Planning Sebelum Submit Loan
Sebaiknya sebelum submit permohonan loan rumah, anda sudah mempunyai gambaran tentang:
- jumlah pinjaman rumah;
- tempoh pinjaman;
- jumlah perlindungan yang diperlukan;
- siapa peminjam;
- sama ada pinjaman dibuat seorang atau bersama pasangan;
- kemampuan bulanan;
- dan bagaimana anda mahu keluarga dilindungi jika berlaku sesuatu kepada peminjam.
Bila perkara ini jelas, lebih mudah untuk membandingkan MRTT, MLTT atau alternatif perlindungan lain yang bersesuaian.
Jangan Tengok Loan Sahaja
Perlindungan pinjaman dan hak milik rumah adalah dua perkara yang berbeza.
Selesai baki hutang rumah tidak semestinya bermaksud proses pemilikan dan pembahagian rumah kepada waris selesai secara automatik.
Sebab itu perancangan rumah sepatutnya melihat beberapa perkara secara menyeluruh:
Loan Rumah → Perlindungan Loan → Hak Milik Rumah → Perancangan Pusaka
Saya akan terangkan perkara ini dengan lebih lanjut dalam perkongsian berkaitan MRTT, MLTT, Hibah Takaful dan pengurusan pusaka.
Jika anda sedang merancang membeli rumah atau mahu semak perlindungan untuk loan rumah sedia ada, boleh hubungi saya untuk berbincang.
Luthfi Suib
Perlindungan.my
WhatsApp: 011-59238789
Love. Plan. Protect.
Nota asal:
Perkongsian ini asalnya diterbitkan oleh Luthfi Suib (@LuthfiMY) pada 11 September 2021 dan telah dikemas kini dalam format artikel untuk rujukan pembaca Perlindungan.my.

Luthfi berkongsi panduan mengenai takaful, medical card, hibah, perlindungan rumah, motor dan pengurusan pusaka berdasarkan pengalaman membantu individu dan keluarga memahami keperluan perlindungan mereka.
