Insurans / Takaful Kereta EV: Berapa Harga Untuk Proton e.MAS 5?
Ramai yang tak tahu, bila beli kereta tak semestinya kena ambil insurans atau Takaful daripada SA atau dealer yang jual kereta tu.
Kita sebenarnya boleh survey dan ambil perlindungan sendiri.

Kalau hampa tengah survey Proton e.MAS 5 Prime atau Premium, saya nak share contoh sebenar quotation Zurich General Takaful yang saya buat.
Saya sengaja configure manfaat yang hampir sama untuk kedua-dua model supaya senang kita compare. Dan paling penting, saya masukkan sekali harga daripada 0% NCD sampai maksimum 55% NCD.
Apa Yang Saya Cover Untuk e.MAS 5?
Untuk kedua-dua e.MAS 5 Prime dan Premium, saya gunakan Motor Comprehensive dengan Agreed Value. Kemudian saya masukkan beberapa manfaat tambahan yang saya rasa penting untuk sebuah EV.
Antaranya adalah….

Jadi comparison Prime vs Premium dalam artikel ni lebih senang nak faham sebab coverage utama yang dipilih memang sama.
1. Agreed Value
Antara benda pertama yang saya akan tengok bila buat Takaful untuk kereta baru ialah Sum Covered. Bukan terus tengok harga contribution murah atau mahal dulu.

Bagi saya, kalau kereta masih baru dan baki loan pun masih tinggi, benda ni memang kena tengok betul-betul. Kadang-kadang orang terlalu fokus nak cari quotation paling murah sampai terlupa nak semak berapa nilai kereta yang sebenarnya dilindungi.
Sebab tu bila compare quotation, jangan tengok angka akhir saja. Tengok juga Sum Covered tu berapa, guna Agreed Value atau Market Value, dan sama ada nilai perlindungan tu masih masuk akal dengan nilai kereta kita. Baru comparison tu betul-betul fair.
2. Roadside Assistance

Bagi saya, untuk EV benda ni memang penting sebab banyak EV sekarang tak datang dengan spare tyre. Kalau tayar pancit, breakdown atau kereta tak boleh bergerak, sekurang-kurangnya ada roadside assistance yang boleh dihubungi.
Saya sendiri pakai EV, jadi benda macam ni memang antara yang saya akan tengok dulu bila compare quotation.
3. Special Perils Untuk EV

Malaysia ni hujan lebat, banjir kilat, ribut dan pokok tumbang memang bukan benda pelik dah. Sebab tu untuk kedua-dua quotation ni saya masukkan sekali Special Perils untuk EV.
Untuk e.MAS 5 Prime, contribution dia RM120 setahun, manakala Premium RM146 setahun. Premium lebih sikit sebab nilai kereta pun lebih tinggi.
Bagi saya, kalau pakai EV memang elok consider benda ni sebab bateri antara komponen paling mahal dalam kereta.
4. EV Protect — RM120 Setahun

Yang ni antara coverage yang paling menarik untuk pemilik EV. Kereta elektrik kan?
So memang ada beberapa risiko baru yang sebelum ni mungkin kita tak fikir ketika pakai kereta petrol. Antaranya berkaitan wall charger di rumah, penggunaan EV charger, portable charging cable dan liabiliti ketika menggunakan charger.
Pada quotation yang saya buat ketika perkongsian asal ini, terdapat tambahan EV Protect sekitar RM120 setahun. Bagi saya, tambahan sekitar RM120 setahun untuk perlindungan berkaitan charging ni memang reasonable untuk dipertimbangkan.
Sebab kalau dah beli EV, charger dan charging cable tu dah jadi sebahagian daripada kehidupan harian kita.
5. Windscreen Protection

Untuk kedua-dua model ni saya masukkan sekali Windscreen Cover RM1,000, dengan contribution RM150 setahun.
Bagi saya memang elok ambil sebab cermin kereta sekarang bukan murah sangat. Dah ada kamera, sensor, ADAS dan macam-macam lagi. Sekali kena batu atas highway, boleh tahan juga kos nak repair atau tukar.
e.MAS 5 Prime — Breakdown Quotation
Untuk e.MAS 5 Prime:
| Perkara | Detail |
|---|---|
| Model | Proton e.MAS 5 Prime MY25 |
| Tahun | 2026 |
| Market Value | RM59,800 |
| Agreed Value | RM60,000 |
| Type of Cover | Comprehensive |
| Basic Contribution | RM1,988.58 |
| Extra Coverage | RM468.85 |
Additional Coverage Prime
| Coverage | Contribution |
|---|---|
| Special Perils EV | RM120.00 |
| Z-Drive Assist | RM78.85 |
| EV Protect | RM120.00 |
| Home Wall Charger Cover | Included |
| Liability While Using EV Charger | Included |
| Portable Charging Cable | Included |
| Public EV Charger | Included |
| Windscreen RM1,000 | RM150.00 |
| Total Extra Coverage | RM468.85 |
e.MAS 5 Premium — Breakdown Quotation
Untuk Premium pula:
| Perkara | Detail |
|---|---|
| Model | Proton e.MAS 5 Premium MY25 |
| Tahun | 2026 |
| Market Value | RM72,800 |
| Agreed Value | RM73,000 |
| Type of Cover | Comprehensive |
| Basic Contribution | RM2,432.21 |
| Extra Coverage | RM494.85 |
Additional Coverage Premium
| Coverage | Contribution |
|---|---|
| Special Perils EV | RM146.00 |
| Z-Drive Assist | RM78.85 |
| EV Protect | RM120.00 |
| Home Wall Charger Cover | Included |
| Liability While Using EV Charger | Included |
| Portable Charging Cable | Included |
| Public EV Charger | Included |
| Windscreen RM1,000 | RM150.00 |
| Total Extra Coverage | RM494.85 |
Hampir semua additional coverage untuk Prime dan Premium sama. Bezanya cuma Special Perils untuk Premium lebih tinggi sikit, sebab nilai kereta Premium pun lebih tinggi.
Berapa Harga Takaful e.MAS 5 Kalau NCD 0%?
Kalau NCD 0%, harga Takaful e.MAS 5 Prime lebih kurang RM2,664 setahun, manakala Premium sekitar RM3,171 setahun.
Beza lebih kurang RM507 setahun saja. Kalau bahagi 12 bulan, lebih kurang RM42 sebulan beza antara Prime dengan Premium.
Bukan bayar bulan-bulan ya. 😆 Saya kira macam ni saja bagi mudah nampak beza kos.
Harga Takaful e.MAS 5 Ikut NCD 0% Hingga 55%
Ni jadual paling senang untuk hampa refer.
| NCD | e.MAS 5 Prime | e.MAS 5 Premium | Beza |
|---|---|---|---|
| 0% | RM2,664.02 | RM3,171.22 | RM507.20 |
| 25% | RM2,127.10 | RM2,514.53 | RM387.43 |
| 30% | RM2,019.73 | RM2,383.19 | RM363.46 |
| 38.33% | RM1,840.83 | RM2,164.37 | RM323.54 |
| 45% | RM1,697.58 | RM1,989.18 | RM291.60 |
| 55% | RM1,482.81 | RM1,726.49 | RM243.68 |
Ini adalah nilai payable contribution mengikut jadual NCD dalam kedua-dua quotation tersebut.
Kalau NCD 55%, Memang Banyak Jimat
Contohnya untuk e.MAS 5 Prime, harga pada 0% NCD sekitar RM2,664 setahun. Bila NCD dah maksimum 55%, harga turun kepada sekitar RM1,483 — beza lebih kurang RM1,181 setahun.
Untuk e.MAS 5 Premium pula, 0% NCD sekitar RM3,171 setahun, manakala 55% NCD sekitar RM1,726, beza lebih kurang RM1,445 setahun.
Sebab tu bila orang WhatsApp tanya saya, “Boss, insurance e.MAS 5 berapa?”, saya memang kena tanya dulu NCD berapa. Sebab beza NCD saja dah boleh ubah harga lebih RM1,000 setahun.
Baseline Mudah Kalau Tengah Survey e.MAS 5

Kalau belum ada NCD, boleh prepare lebih kurang RM2,600–RM2,700 setahun untuk e.MAS 5 Prime dan RM3,100–RM3,200 untuk e.MAS 5 Premium.
Kalau NCD dah maksimum 55% pula, anggaran turun kepada sekitar RM1,483 untuk Prime dan RM1,726 untuk Premium.
Jadi masa tengah survey kereta, senanglah nak masukkan sekali kos Takaful dalam bajet tahunan.
Jangan Tengok Harga Takaful Murah Sahaja

Saya selalu pesan, jangan compare quotation sebab beza RM100–RM200 saja. Tengok sekali apa yang sebenarnya ada dalam coverage tu — Sum Covered, Agreed Value atau Market Value, Special Perils, Windscreen, Roadside Assistance dan perlindungan EV macam EV Protect.
Kadang-kadang quotation nampak murah sebab ada coverage yang tak dimasukkan. Masa bayar memang nampak jimat, tapi bila jadi apa-apa baru sedar benda tu rupanya tak cover.
e.MAS 5 Prime atau Premium — Beza Takaful Banyak Tak?

Kalau tengok pada quotation ni, beza Takaful antara Prime dan Premium sebenarnya tak terlalu besar.
Untuk 0% NCD, Prime sekitar RM2,664 setahun, manakala Premium sekitar RM3,171 setahun. Beza lebih kurang RM507 setahun.
Kalau NCD dah 55% pula, Prime sekitar RM1,483 dan Premium sekitar RM1,726, beza lebih kurang RM244 setahun saja.
Jadi kalau hampa tengah pilih antara model Prime atau Premium, bagi saya kos Takaful bukan faktor utama sangat. Lebih baik tengok harga kereta, features, range dan mana yang lebih sesuai dengan cara penggunaan
Kesimpulan

EV memang menarik. Charging boleh jadi lebih murah, dan bab maintenance pun memang lain daripada kereta ICE. Tapi bila beli EV, jangan terlalu fokus compare range, battery size dan charging speed saja sampai terlupa bab perlindungan.
Bagi saya, sekurang-kurangnya tengok juga sama ada coverage tu guna Agreed Value, ada Roadside Assistance, Special Perils EV, Windscreen dan kalau boleh, tambah sekali EV Protect. Benda-benda ni mungkin nampak kecil masa kita tengah excited nak ambil kereta, tapi bila dah guna hari-hari barulah kita nampak kepentingannya.
Beli kereta memang excited sekejap. Loan pula bayar bertahun-tahun. 😆 Jadi kalau dah ambil kereta, biar perlindungan pun buat elok-elok sekali.
Kalau hampa nak saya buat quotation Takaful untuk Proton e.MAS 5 Prime, e.MAS 5 Premium atau EV lain, boleh WhatsApp saya untuk semakan.
Luthfi Suib
Perlindungan.MY
WhatsApp: 011-5923 8789
Boleh isi maklumat untuk saya buat semakan quotation di luthfisuib.com/semakan
Nota: Harga dalam artikel ini menggunakan contoh quotation Zurich General Takaful yang dikeluarkan pada September 2026 sebagai baseline. Harga sebenar boleh berubah berdasarkan nilai kenderaan semasa, NCD, postcode, profile pemilik, underwriting, kadar SST serta manfaat yang dipilih. Dapatkan quotation semasa sebelum membuat keputusan.

Luthfi berkongsi panduan mengenai takaful, medical card, hibah, perlindungan rumah, motor dan pengurusan pusaka berdasarkan pengalaman membantu individu dan keluarga memahami keperluan perlindungan mereka.
