|

Dah Berpenyakit, Masih Boleh Ambil Hibah Takaful?

Dulu ramai yang frust bila nak apply Life Takaful / Hibah Takaful.

Apply, kena reject. Apply tempat lain, sangkut underwriting.

Akhirnya rasa macam dah tak ada peluang nak sediakan pampasan untuk family. Tapi sekarang dah ada pilihan.

Takaful Al-Shams

Zurich Takaful ada satu pelan Penerimaan Terjamin atau Guaranteed Acceptance yang dipanggil Takaful Al-Shams.

Umur nak masuk bermula seawal 14 hari sampai 60 tahun, bergantung kepada tempoh perlindungan yang dipilih.

Yang bestnya:

Tak perlu medical check-up.

Tak perlu health questionnaire.

Dan ciri Penerimaan Terjamin ni memang direka supaya kita masih boleh dapat perlindungan walaupun ada keadaan kesihatan.

Bagi saya, ni memang satu sinar harapan untuk orang yang sebelum ni susah sangat nak lepas underwriting.


Tapi Guaranteed Acceptance Ni Macam Mana?

Haaa.

Bila company dah bagi Penerimaan Terjamin, mestilah ada T&C dia. ๐Ÿ˜…

Simple je nak faham. Takaful Al-Shams ada satu rule penting iaitu:

cover selepas 24 bulan atau 2 tahun.

Kalau berlaku kematian / Lumpuh bukan akibat kemalangan dalam tempoh 2 tahun pertama sijil, jumlah caruman yang dah dibuat akan dipulangkan, selepas tolak apa-apa tunggakan yang berkenaan.

Senang cerita, katakan kita ambil Hibah Takaful RM300,000

Baru mencarum setahun. Kemudian diuji meninggal dunia akibat sakit.

Family bukan terus dapat RM300,000. Sebaliknya caruman yang dah dibuat akan dipulangkan mengikut terma sijil.


Lepas 2 Tahun Macam Mana?

Haa, yang ni penting.

Once sijil dah masuk Tahun Sijil ke-3, manfaat kematian / HUKK / HUWE bukan akibat kemalangan akan jadi 100% Basic Sum Covered ATAU Jumlah caruman yang telah dibuat yang mana lebih tinggi.

Maksudnya kalau kita ambil RM300,000 dan sijil dah melepasi tempoh 2 tahun pertama, nauzubillah kalau berlaku kematian yang dilindungi, pampasan akan dibayar ikut kontrak sijil.

Sebab tu saya selalu pesan:

Ambil awal & istiqamah mencarum.

Jangan bagi sijil lapse.

Pelan macam ni memang perlukan masa. Kalau kita dok tangguh setahun, dua tahun tempoh dua tahun tu pun tak mula lagi.


Habis Tu Kalau Kemalangan Dalam 2 Tahun Pertama macam mana?

Yang ni berbeza.

Manfaat kematian akibat kemalangan dah ada perlindungan dari awal sijil, tertakluk kepada terma dan Al-Shams ni memang menarik bab kemalangan.

Semua ni tertakluk kepada definisi kemalangan dan terma sijil ya. Bukan maksud semua situasi accident automatik dapat 4X. ๐Ÿ˜…


Bukan Cover Kematian Je

Ni satu lagi benda ramai tak tahu.

Al-Shams bukan setakat sediakan pampasan bila meninggal dunia.

Ada juga perlindungan:

Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun.

Lepas tu ada sambungan Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) sehingga tamat tempoh sijil.

Actually benda ni sangat penting sebab kalau kita meninggal dunia, family hilang income kita.

Tapi kalau kita tak meninggal cuma lumpuh dan dah tak boleh kerja?

Income pun boleh hilang juga.Malah mungkin kos keluarga lagi tinggi sebab kena jaga kita.


Ada Duit Tambahan Kalau Lumpuh & Hilang Upaya Kekal (HUKK)!

Kalau berlaku HUKK yang layak, Al-Shams juga ada:

Manfaat Pemulihan Tahunan HUKK

Tambahan 5% daripada Basic Sum Covered setiap tahun selama 5 tahun.

Benda ni boleh bantu untuk:

  • perbelanjaan harian
  • rehabilitation
  • penjagaan
  • kehilangan income
  • keperluan family

Ada Khairat Kematian RM2,000

On top of that, ada juga Khairat kematian.

Apabila berlaku kematian yang layak selepas 24 bulan, RM2,000 dibayar secara lump sum sebagai bantuan kewangan.

RM2,000 mungkin nampak kecil kalau compare dengan pampasan RM300k.

Tapi bila baru berlaku kematian, duit cash ni boleh membantu sebagai urus pengebumian, pengangkutan, keperluan keluarga dan apa-apa urusan awal.


Anak-anak Pun Boleh Ambil

Umur kemasukan Al-Shams bermula 14 hari.

Sebab tu saya selalu share pelan ni juga kepada parents yang ada anak istimewa atau anak yang susah nak dapat perlindungan biasa.

Tapi kita sebagai mak ayah tetap nak sediakan perlindungan untuk depa kan?

Zurich sendiri pernah menjalankan program berkaitan Al-Shams untuk meluaskan akses perlindungan kepada golongan OKU termasuk mereka dengan penyakit kritikal sedia ada dan congenital diseases.


Satu Lagi Benefit Yang Menarik

Al-Shams sekarang ada:

Family Accidental Death Benefit

Mulai Tahun Sijil ke-3, kalau sehingga 4 orang ahli keluarga meninggal dunia akibat kemalangan yang layak:

RM10,000 bagi setiap ahli keluarga

boleh dibayar.

Ada juga:

Family Care Privilege

Kalau Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, sehingga 4 ahli keluarga boleh layak menyertai pelan Family Takaful Zurich yang baru dengan coverage sehingga 25% daripada Basic Sum Covered, tanpa medical underwriting, tertakluk kepada terma.

Ni antara benefit yang saya rasa menarik sebab bukan fikir pasal diri kita saja.

Dia fikir apa jadi dekat family lepas kita dah tak ada.


Siapa Yang Patut Tengok Pelan Ni?

Bagi saya, kalau anda tergolong dalam kategori ni boleh la study Takaful Al-Shams ni.

Study dulu. Tengok berapa coverage. Tengok berapa caruman. Tengok tempoh perlindungan.

Faham rule 2 tahun pertama. Lepastu baru decide.


Jangan Confuse: Al-Shams Bukan Medical Card

Ni saya kena highlight.

Takaful Al-Shams BUKAN Medical Card.

Kalau masuk hospital, bukan guna Al-Shams untuk swipe dan bayar bil hospital.

Medical Card:

Cover kos rawatan perubatan

Al-Shams:

Sediakan pampasan tunai bila berlaku kematian / hilang upaya / manfaat lain yang dilindungi

Dua benda berbeza.


โ€œSaya Dah Sakit. Lambat Dah Kot Nak Ambil Takaful?โ€

Jangan assume sendiri. Ramai orang yang saya jumpa bila dah kena reject sekali terus give up.

โ€œTakpa la Luthfi. Aku dah sakit. Memang tak boleh ambil dah.โ€

Tak semestinya.

Untuk pelan biasa mungkin underwriting susah. Tapi masih ada produk dengan konsep Penerimaan Terjamin macam Al-Shams. Cuma kena faham trade-off dia. Yang paling besar:

2 tahun pertama!

Sebab tu kalau memang ada niat nak sediakan pampasan untuk family jangan tunggu sakit makin teruk baru nak mula.


Kesimpulan

Duit kita boleh cari.

Tapi masa yang dah lepas memang tak boleh patah balik.

Kalau hari ni kita ada peluang untuk mula perlindungan,

at least study dulu.

Saya suka Al-Shams bukan sebab nak kata ia pelan terbaik untuk semua orang.

Tak.

Tapi saya suka sebab ia bagi peluang.

Peluang kepada orang yang selama ni susah nak dapat protection.

Peluang kepada orang yang ada penyakit.

Peluang kepada parents yang ada anak istimewa.

Peluang untuk seseorang sediakan sedikit pampasan kepada orang yang dia sayang.

Kalau sebelum ni pernah kena reject Insurans/Takaful sebab kesihatan, BMI dan sebagainya…

mai la kita semak balik.

Mana tahu masih ada jalan.

Kalau nak saya buat quotation Takaful Al-Shams ikut umur, bajet dan jumlah coverage yang hampa nak, boleh WhatsApp saya.

WhatsApp: 011-5923 8789

Love. Plan. Protect.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *