Medical Card bukan untuk golongan B40 dan gaji bawah RM3,000!
Maaf sekiranya saya terlalu jujur.
Mengikut pengalaman saya dalam bidang Takaful, bagi mereka yang berada dalam golongan B40 atau bergaji sekitar RM3,000 ke bawah, Medical Card mungkin bukan perlindungan pertama yang perlu diberi keutamaan jika bajet bulanan sangat terhad.
Bukan bermaksud Medical Card tak penting.
Medical Card memang sangat membantu untuk membayar bil rawatan hospital swasta.
Tetapi persoalan yang lebih penting ialah:
Mampu tak kita kekalkan bayaran Medical Card itu untuk jangka panjang?
Anda Mungkin Mampu Bayar Sekarang, Tapi…
Anda mungkin mampu bayar caruman Medical Card setiap bulan.
Tetapi sekiranya berlaku medical repricing, mungkin caruman baru sudah tidak mampu ditanggung.
Anda mungkin mampu bayar caruman bulanan, tetapi tidak mampu menyediakan kos lain yang tidak ditanggung sepenuhnya oleh Medical Card.
Contohnya:

Akhirnya bila komitmen semakin tinggi, ramai mula rasa:
“Medical Card ni mahal.”
“Insurance scam.”
“Ejen tak explain.”
Sedangkan isu sebenar mungkin ialah struktur perlindungan itu tidak sesuai dengan kemampuan kewangan kita.
Jadi Apa Keutamaan Untuk B40 dan Gaji Bawah RM3,000?
Cadangan saya ialah mulakan dengan dua perkara:
1. Simpanan
Sediakan emergency cash.
Walaupun sedikit, bina simpanan yang boleh digunakan apabila berlaku perkara luar jangka.
2. Income Protection Takaful
Income Protection berfungsi berbeza daripada Medical Card.
Medical Card membantu membayar bil hospital.
Income Protection pula menyediakan wang tunai kepada kita apabila berlaku musibah tertentu, tertakluk kepada manfaat pelan yang diambil.
Kalau Diuji Dengan Penyakit Kritikal?
Andaikata seseorang diuji dengan penyakit kritikal dan tidak mampu bekerja seperti biasa.
Pada masa itu, masalah bukan sekadar bil hospital.
Masalah yang lebih besar ialah:
Gaji masih masuk atau tidak?
Contohnya seseorang yang mengalami penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani dialisis secara berkala.
Kerap keluar masuk hospital.
Kerap MC.
Kerap mengambil cuti.
Lama-kelamaan kemampuan untuk bekerja mungkin terjejas.
Kalau akhirnya terpaksa berhenti kerja, pendapatan bulanan juga akan hilang.
Contoh mudah
Gaji:
RM2,500 sebulan
Setahun:
RM30,000
Andaikata pelan Income Protection menyediakan pampasan penyakit kritikal:
RM100,000
Jumlah RM100,000 itu bersamaan lebih kurang 3 tahun pendapatan RM30,000 setahun.
Wang tersebut boleh digunakan untuk:
- rawatan;
- perbelanjaan harian;
- bayaran rumah;
- bayaran kereta;
- keperluan anak-anak; dan
- komitmen keluarga.
Inilah fungsi Income Protection.
Ia bukan sekadar bayar bil hospital.
Ia membantu kita survive apabila kemampuan mencari pendapatan terjejas.
Bagaimana Pula Kalau Kemalangan?
Sesetengah pelan Income Protection mempunyai manfaat kemalangan yang menyediakan pampasan tertentu apabila berlaku kecederaan.
Contohnya:
Patah tangan dan doktor beri MC selama 3 minggu.
Andaikata manfaat MC akibat kemalangan ialah:
RM200 seminggu
Maka:
RM200 × 3 minggu = RM600
Kalau kemalangan lebih serius dan menyebabkan MC berpanjangan, pampasan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu menggantikan sebahagian kehilangan pendapatan.
Contoh:
RM200 × 8 minggu = RM1,600
Kalau satu bulan bersamaan lebih kurang 4 minggu:
RM200 × 4 = RM800 sebulan
Bukan jumlah yang besar.
Tetapi apabila seseorang sedang sakit dan pendapatan mula terjejas, setiap bantuan tunai sangat bermakna.
Di Sinilah Income Protection Membantu
Sebab itulah saya selalu tekankan kepada mereka yang mempunyai bajet terhad:
Protect gaji dahulu.
Income Protection dan Medical Card mempunyai fungsi yang berbeza.
Income Protection
Memberikan pampasan wang tunai kepada kita apabila berlaku kejadian yang dilindungi.
Medical Card
Membantu membayar bil rawatan hospital berdasarkan manfaat dan terma pelan.
Ada juga pelan Income Protection yang menyediakan manfaat seperti:
- Penyakit Kritikal
- Kemalangan
- Elaun MC akibat kemalangan
- Elaun Wad
- Hilang Upaya
- Hibah / manfaat kematian
Sebagai contoh, jika manfaat Elaun Wad ialah:
RM50 sehari
dan seseorang dimasukkan ke hospital selama beberapa hari, elaun tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan seperti:
- makan;
- perjalanan;
- parking;
- penjagaan anak; dan
- perbelanjaan keluarga.
Medical Card Tak Penting Ke?
Bukan begitu.
Kalau bergaji RM3,000 dan masih mampu mengambil Medical Card, tidak salah langsung.
Malah, kombinasi yang baik ialah:
Medical Card + Income Protection
Medical Card membantu selesaikan bil hospital.
Income Protection membantu menyediakan wang tunai apabila kesihatan menjejaskan kemampuan bekerja dan mencari pendapatan.
Yang penting ialah jangan sampai semua bajet Takaful digunakan untuk Medical Card sehingga kita tidak ada langsung perlindungan terhadap kehilangan income.
Berapa Banyak Patut Diperuntukkan Untuk Takaful?
Sebagai panduan mudah, saya selalu cadangkan supaya komitmen Takaful mestilah pada tahap yang kita mampu kekalkan.
Contohnya gaji:
RM3,000 sebulan
5% daripada gaji:
RM150
10% daripada gaji:
RM300
Bukan bermaksud setiap orang mesti membelanjakan tepat 5% atau 10%.
Yang lebih penting ialah:
Jangan ambil pelan yang nampak hebat hari ini tetapi kita tak mampu kekalkan beberapa tahun akan datang.
Perlindungan yang baik ialah perlindungan yang kita mampu teruskan.
Kalau Belum Ada Sebarang Insurance atau Takaful?
Kalau bajet sangat terhad, saya biasanya cadangkan mulakan dengan perlindungan yang memberi kesan terus kepada kemampuan mencari nafkah.
Contohnya Income Protection yang menyediakan pampasan untuk:
- penyakit kritikal;
- kemalangan;
- hilang upaya;
- elaun wad; dan
- manfaat kematian.
Kemudian apabila kewangan semakin stabil, barulah tambah perlindungan lain seperti Medical Card mengikut kemampuan.
Kalau Dah Ada Medical Card, Jangan Terus Terminate
Ini penting.
Jangan terus terminate atau lapse Medical Card sedia ada semata-mata selepas membaca artikel ini.
Kalau caruman dah mula membebankan:
Bincang dahulu dengan ejen masing-masing.
Tengok sama ada terdapat pilihan seperti:
- downgrade pelan;
- ubah manfaat;
- tambah deductible;
- semak struktur perlindungan; atau
- susun semula bajet Takaful.
Setiap orang mempunyai keadaan kewangan dan kesihatan yang berbeza.
Kesimpulan
Dari dulu saya konsisten dengan satu perkara:
Kita perlu protect kemampuan mencari pendapatan terlebih dahulu.
Medical Card penting.
Tetapi Medical Card tidak menggantikan gaji kita apabila kita sudah tidak mampu bekerja.
Sebab itu bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, Income Protection patut diberi perhatian.
Jangan sekadar tengok berapa besar annual limit Medical Card.
Tanya juga:
“Kalau saya sakit sampai tak boleh kerja, siapa nak bayar komitmen keluarga?”
Itulah risiko yang Income Protection cuba bantu selesaikan.
Hidup memang keras.
Lebih keras apabila diuji dengan sakit dan pada masa yang sama kehilangan pendapatan.
Sebab itu buat perlindungan berdasarkan kemampuan dan keperluan sebenar, bukan kerana takut atau terpengaruh dengan marketing.
Jika anda belum mempunyai sebarang perlindungan atau mahu semak semula struktur Takaful yang anda ada, boleh berbincang dengan kami.
Luthfi
WhatsApp:
https://wa.me/601159238789
Jom Takaful.

Luthfi berkongsi panduan mengenai takaful, medical card, hibah, perlindungan rumah, motor dan pengurusan pusaka berdasarkan pengalaman membantu individu dan keluarga memahami keperluan perlindungan mereka.
